10 Sebab Saya Pilih Mary Kay Sebagai Kerjaya



10 Sebab Saya Pilih Mary Kay Sebagai Kerjaya

Dalam banyak-banyak bisnes yang lain, kenapa saya begitu tegar memilih Mary Kay? Saya dah pernah buat macam-macam bisnes dari baju, makanan, kosmetik, bla bla bla. Yang local, yang overseas, MLM, agent, dropship you name it semua saya pernah masuk huhu. Saya memang minat bisnes tapi tak bermaksud saya pandai berbisnes. MLM tu siap kene tipu 5k lagi hah kau ghasee?? Tu pasal saya serik dah nk join mane2 bisnes. sampai la jumpe Mary Kay.


Jadi kenapa saya yang suka tukar-tukar bisnes ni decide untuk setia dengan Mary Kay? Di saat saya menulis entry ni pada tarikh 14/02/2019 saya tinggal sebulan lebih saja lagi nak cukup setahun di Mary Kay. Dan saya masih konsisten sharing, masih semangat and masih passionate, bukan setakat hangat-angat tahi ayam macam bisnes-bisnes terdahulu. So berbalik kepada topik kita hari ni, why Mary Kay?

1. Allah S.W.T Yang Pertama
Culture yang paling cantik yang boleh ada dalam sesebuah company. Kami beauty consultants diajar untuk berbisnes "in a clean way". Tak dibenarkan sailang customer orang lain. Niatkan sedekah dan sharing bila buat skincare class bukan niatkan sales semata. Saya suka tengok macam mana Mary Kay cukup menghormati agama, beauty consultants bebas bertudung labuh dan berpurdah, debut di atas stage tanpa diskriminasi. Saya juga diajar bagaimana mindset menjadi doa dalam kehidupan seharian kita. Sebab tu lah kena selalu fikir yang positif-positif aja ya.

2. Produk Yang Berkesan
Saya ada share sebelum ni macam mana saya tertarik nak jadi beauty consultant lepas try pakai skincare timewise dan IMC. Then saya try pulak kosmetik dia dan nampak sendiri hasil dia. And bukan saya je je, tapi kawan-kawan lama, kawan-kawan sekerja jugak perasan perubahan kulit saya. Tak payah cakap banyak lah, tahun 2019 ni merupakan tahun ke-56 Mary Kay wujud di dunia. Mary Kay juga termasuk dalam 2% cosmetic yang mempunyai R&D sendiri dan setiap produk akan diuji 5000 kali before release kat market. Kau ghase?? Bagus ke idok Mary Kay ni??

3. Ilmu Mengalir Non-Stop
Ilmu yang lengkap ialah antara benda yang saya tak dapat dari bisnes-bisnes sebelum ni. Ada weekly unit meeting, ada Full Time Club, Product Knowledge, Career Conference, Seminar, bla bla bla. Belum masuk lagi online coaching. Nak personal coaching dengan director pun boleh no problem. Mostly FREE. Kalau kena bayar pun setakat bayar tempat yang disewa and kami tak pernah bayar mentor-mentor dari para directors yang share ilmu dengan kami. Kenapa saya kata ilmu yang lengkap? Sebab semuanya diajar - pasal produk, cara buat skincare class, cara blast message, cara buat blog hehehe. 

4. 90 Days Satisfaction Guarantee
Dah beli, dah guna, lepas tu nak pulang balik. Eh bolehlah, Mary Kay bagi. Dalam masa 3 bulan kita boleh tukar balik produk yang kita dah guna kalau tiba-tiba rasa tak suka or tak berkenan or tak sesuai. Tapi jaranglah orang nak tukar, sebab biasanya kita bagi try dulu and beauty consultants akan consult betul-betul sebelum beli. Dan 90 Days Satisfaction Guarantee juga point penting yang saya boleh bagi dekat prospect yang masih teragak-agak lagi sebab takut tak sesuai dengan kulit. 

5. Perubahan Positif Dalam Diri
Saya perasan saya makin jelas dengan goal dan impian saya. Saya makin rajin, makin konsisten, makin bersungguh buat bisnes and bukan sekadar kalau ada, ada. Kalau tak ada, tak adalah. Dulu saya sekadar pandai set target tapi takde nak achieve pun haha tapi kali ni pandai set target dan pandai berusaha. Ni semua sebab ilmu-ilmu yang saya dapat kalau tak, mungkin saya masih macam dulu lagi.

6. Uniform Yang Cantik
Boleh tak buat reason yang ni hahaha. Tapi seriuslah, saya memang suka uniform semua smart-smart dan berbeza mengikut pangkat. Kami semua kena pakai blazer yang ditetapkan dan skirt setiap kali event Mary Kay tapi kalau lelaki pakai seluar lah. Terasa profesional gittew~ Dan of course, rasa sangat slim bila pakai blazer haha.

7. Positive Circle
Saya sanggup korbankan cuti hujung minggu saya untuk attend event-event Mary Kay padahal bukan wajib pun. Kenapa saya tak pilih untuk bermalas-malas kat rumah je? Haa sebabnya saya suka bergaul dengan mereka-mereka yang kaya dan berjaya. Cara pemikiran depa ni memang lain macam asyik kata "boleh" je dekat semua benda. Dahlah tak suka gosip and mengumpat. Sebab lainnya saya suka attend event Mary Kay dah tentulah untuk ilmu dan lagi satu benda yang penting, SEMANGAT!

8. Suka Buat Orang Happy
Kerja beauty consultant ni selain mencantikkan diri mestilah mecantikkan orang lain jugak. And that's the best part in my job. Ecspecially bila buat skincare class, saya suka nampak mata guests bersinar-sinar bila dapat groom diri sendiri. Untuk ibu-ibu berkerjaya, time nilah nak dapat "me time" sekejap. Memang passion saya, untuk share benda yang best dengan orang lain.

9. Dapat Mekap & Belajar Mekap
Haa ni benda yang saya sangat suka bila jadi beauty consultant. Kalau dulu saya cuma sekadar layan lipgloss dan bedak je. Teringin nak pandai mekap tapi bila fikirkan cost nak beli full set mekap dengan cost nak ke kelas mekap lagi, saya pendamkan jela keinginan tu. Bonus bila jadi beauty consultant ni, saya dapat full range of makeup dengan makeup skill sekali tanpa merabakkan poket.


10. Makin Hampir Dengan Impian
Saya ada impian untuk mencapai financial freedom & flexibility in time. Saya tak nak tunggu hari minggu untuk keluar jalan-jalan. Saya taknak kumpul duit setahun sekali baru dapat balik kampung jenguk mak dan kakak2, Kehilangan ayahanda tercinta membuatkan saya lebih rapat dan asyik memikirkan mak apa khabar disana? Saya tak nak tunggu umur 40 baru dapat beli aset. Saya nak pergi melancong tanpa korek duit saving. Saya nak bahagiakan parents saya dengan kejayaan saya. Dengan izin Allah satu hari nanti semuanya akan tercapai. Sekarang saya dah ada base, apa yang saya kena buat cumalah usaha dan berdoa non-stop. Man Jada Wa Jadda!


P/S: Mereka lah penguat semangat saya yang tinggal, tanpa ayah tersayang disisi, saya harap one day saya akan dapat capai impian saya dalam Mary Kay meskipun lambat. alhamdulillah ikatan kami adik beradik menjadi penguat semangat saya dalam Mary Kay. so far 5 daripada 7 kakak2 saya dah pakai Mary Kay dan mereka sangat sukakan nya. so lagi 2 tu on the way nk kenal Mary Kay.

Comments