Mary Kay Lipmatte At Play!

Meh nak review sikit pasal Lipmatte Mary Kay At Play nih...❤️❤️

a. Pink It Over😍
Warna ini over sangat tau, terkejut sebab tak pernah pakai pink terang. Haha! Tapi bagi siapa yang suka menyahut cabaran diri sendiri tu, boleh je pakai ke mana-mana kerana jika anda confident, anda akan kelihatan lebih cantik! Pakai bila-bila masa anda rasa sesuai especially hari yang cerah!

b. Pink Shock❤️
Warna Pink Shock ini kelihatan lebih terang dan ke arah kemerahan sedikit, sangat cantik jika dipadankan dengan outfit yang lebih santai atau baju pejabat. Sesuai dipakai pada apa-apa majlis dengan gaya feminin atau yang suka dengan gaya yang lebih menonjol.

c. Neon Nectarine🥰
I'm so impressed dengan color ini tau! Sebab color dia oren more to red! Senang kata macam merah menyala. Bagi yang sukakan aktiviti yang more to outdoor, shopping or so on, dan suka kelihatan lebih ranggi boleh try color Neon Nectarine ini.

d. Red Siren💋
Sebagai satu amaran bagi siapa yang memakai warna Red Siren ini. Boleh berdarah hidung bila lihat si pemakai memakainya. Haha! Antara warna favourite Ziera iaitu merah gelap yang terang. Untuk membuat anda lebih menonjol boleh pakai Red Siren pada waktu malam untuk night makeup dan pergi event waktu malam. Juga sesuai dipakaikan pada pengantin untuk majlis persandingan supaya diri pengantin lebih menonjol. Terasa seksi gitu!

Ianya kelihatan creamy pada permulaan, tapi akan menjadi kepada matte finish dan lebih bersinar walaupun ianya mudah meresap ke bibir tanpa terasa memakai apa-apa pada bibir. Serius! tak semua matte liquid seperti ini tau.

By the way, Ziera memilih 3 warna paling hot iaitu Neon Nectarine, Red Siren dan Pink It Over sebagai koleksi Ziera untuk dipakai pada waktu malam. Auuuwww!~~ Dan 3 warna lain untuk dipakai pada waktu siang. Yang penting, ianya tidak keringkan bibir dan sangat selesa mengenakan kesemua pilihan warna tanpa ragu-ragu lagi.


Comments